Setiap nafas yang Allah berikan kepada kita adalah suatu nikmat untuk kita terus mencari keredhaannya.Langkah yang diatur dalam kehidupan.Teringat pesan Pak Hamka.
"Bahawa kejayaan yang kekal adalah yang dibina dari piung-piung kegagalan"
Kenangan ini mengajar aku tentang kehidupan.Pahit dan masin bergelar seorang pelajar kehidupan.Kadangkala kita mendongak cemburu ke atas langit kesengsaraan.Malangnya kita adalah insan kerdil belum terpilih menguasai apa-apa. Sayangnya lautan tinta yang berseru belum dijamah apa-apa sendu sedangkan kita girang mencari warna pelangi yang muncul tatkala hujan siang bersama mentari.
Dan kenangan manusiawi ini akan kukekalkan ke ingatan sanubari.Sahabatku Adilah Nazirah ada meminta aku ukirkan puisi untuknya.Tapi tidak adil bukan jika aku hanya memberikan puisi itu kepadanya saja sedangkan sahabat sekuliahku yang lain juga ingin mendambainya
.
-Kenangan bersama teman-teman sekuliah!
YANG AKAN KEKAL HARUM DI SANUBARI
Sahabat terima kasih
kerana pernah menyinggahkan rasa bersahabatan ke ruang kalbuku
bersama mendaki gunung kejayaan
untuk menggenggam segulung kepuasan yang manisnya
meleret indah pada senyuman pertama
hingga ke kaki jubah terakhir
Sahabat terima kasih
menghantar beberapa kenangan
yang tanpa sedar menghilang dari pandangan
tapi masih segar di ingatan sanubari
Sahabat,teman,kawan dan taulan
terima kasih kerana pernah menyinari hatiku
dengan seribu warna kegembiraan
mencipta senafas kasih yang pasti
akan bergelung rindu kembali!
-KUALA TERENGGANU-