Friday, August 3, 2012
bsmm tetap dihati
Pada 24 Jun hingga 28 Jun 2012 yang lalu bertempat di Kem Latihan Bulan Sabit Merah Malaysia,Kandis,Bachok,Kelantan Darul Naim telah diadakan Perkhemahan Perdana peringkat negeri Kelantan bagi kategori sekolah rendah dan menengah yang dianjurkan bersama Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Kelantan bersama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Seramai 1640 peserta termasuk link (sekolah rendah) dan Belia (sekolah menengah) dan dibantu oleh 20 orang fasilitator (termasuk saya).
Sejujurnya terlalu banyak pengalaman yang membuatkan kita berfikir sekejap tentang kehidupan.Namun inilah kegilaan saya.Kegilaan terhadap aktiviti kesukarelaan.Ramai yang menganggap ini adalah aktiviti yang paling gila dilakukan.Namun sebagai seorang remaja aktiviti seperti inilah yang membentuk segala nilai-nilai dalam diri dan semangat cintakan Negara.Malah perpaduan antara kaum juga dibentuk melaluinya.
Pengalaman yang terlalu cukup berharga untuk dikenang sepanjang membesar bersama-sama dengan kesukarelaan.Di dalamnya saya menemui satu kegembiraan.Malah ibu bapa saya juga turut menyokong di atas sumbangan dan kerjasama sukarela yang saya berikan kepada masyarakat tidak kira agama,bangsa dan keturunan.
Alhamdullilah!
Sepanjang lima hari berkampung di sana dengan bermacam-macam pengalaman dan pengalaman yang sukar saya lupakan adalah saya demam pada hari ketiga ketika berada di sana.Namun dengan semangat yang luar biasa biarpun demam tetap juga bersemangat untuk menjayakan program untuk semua peserta.Sungguh luar biasa bila itu adalah cinta yang gila.
Turut mengajar salah satu skill station CPR dan saya gembira kerana dapat mengajar dan menunjukkan cara-cara membantu mangsa yang di dalam kemalangan akibat lemas,pitam dan kemalangan.Saya masih ingat apabila salah seorang peserta menyukai cara saya mengajar.Antara ayatnya yang masih membuat saya tersenyum.
“Kak,bestla akak mengajar dah macam lecture!”
Melayan pelbagai kerenah budak-budak yang sedang membesar juga satu aktiviti yang mencabar.Ada yang diserang hysteria,ada yang begitu degil,ada bercinta monyet.Pelbagai gelagat manusia dipamerkan.Namun Alhamdullilah dapat menyelesaikannya dengan kaedah psikologi.Jiwa manusia ini sebenarnya lembut,begitu lembut dan mudah tersentuh.Walaupun dengan pelbagai ego yang ditunjukkan.
Secara keseluruhannya,cinta saya tidak akan terhenti di sini.Cinta ini membuatkan saya berfikir bahawa manusia adalah sama.Cuma sikap manusia yang membezakan semuanya.Satu yang saya fikirkan sebagai pengajaran bahawa wang bukan segalanya yang memberi senyuman kepada manusia.
Ingatan yang sentiasa di hati.Jika kita ikhlas melakukan sesuatu,kita akan tulus untuk kehidupan kita.Untuk semua kegilaan yang baik pasti akan mendapat balasan yang baik dipenghujung kehidupannya.
Bercintalah dengan kemanusiaan bukan dengan perasaan dan nafsu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
(sempat mempromosikan buku kumpulan puisi remaja sendiri) Pejam celik, pejam celik dah genap tiga bulan saya berada di Institut Ter...
-
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai seni dan adat.Seni tariannya yang pasti memukau setiap yang melihat.Itulah uniknya tarian budaya ...
-
Dengan ini disahkan bahawa pada 18 Februari 2011 telah dijayakan kejohanan boling sekretariat rakan muda Unisza bertempat di Terengganu Eque...
-
Pada 24 Jun hingga 28 Jun 2012 yang lalu bertempat di Kem Latihan Bulan Sabit Merah Malaysia,Kandis,Bachok,Kelantan Darul Naim telah dia...
-
Program motivasi pelajar SPM dan PMR kat SMK bukit besi telah diadakan pada 7 ogos 2010,banyak kenangan yang terindah bersama budak-budak s...
-
Hati Seorang Gadis: Pelajar Cemerlang : Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya...
-
NUR FATIHA FADILA: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?: BELAJAR DARI PENGALAMAN : SEMASA saya menuntut di Tingkatan Enam, saya mengambil mata pelajaran...
-
Cinta seringkali akan lari apabila kita mencari tetapi kadang-kala cinta juga seringkali dibiarkan pergi tatkala ianya datang menghampir...
-
(api sekecil ini kita sudah merasa sakit jika terkena percikannya..subhanallah) Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bag...
-
KARYA:NURUL ADNIE BAHIAH ZAHABA Kaki anda menghentak-hentak lantai.Berkeriut bunyinya lantai papan kayu rumah buruk milik ayah.Kadang-kad...
No comments:
Post a Comment