Thursday, April 7, 2011

Terindah bersama SRM unisza

Malam ini rasa rindu pula nak buat kerja-kerja luar terutamanya sertai program-program outdoor aktiviti.Huh!,sedarlah Adnie Bahiah dah nak dekat final exam kot!.dah tak ada program lagi dah.Tapi aku merindui itu semua tambahan pula apabila tengok gambar-gambar kenangan yang masih ada tapi sayangnya ada yang hilang masa format lappy kat hospital banyak gambar2 hilang.Huh!..Memang aku neh careless..

But i really miss that moment,memang betulkan kita hidup dan terasa hidup apabila kita sentiasa berada dekat dengan semua orang.Aliran hidup kita semua sama saja.Dari bayi ke alam kanak-kanak,lepas itu remaja dan dewasa dan akan tua akhirnya.Sesuatu yang membuatkan hidup kita ini berharga adalah masa.Kita berkejaran di atas bayangan masa.Ya kita semua mengejar masa yang sama.Jadi apa bezanya kita semua dan kenapa manusia masih menbezakan antara satu sama lain?.Sedangkan kita hidup di atas muka bumi Allah ini dengan tujuan yang sama.



 Dekat kampung kemasik,kemaman (2010) dan kampung teluk ketapang seberang takir Kuala Terengganu (2009) tak ada sebab semua gambar2 hilang..Waaaa!:(



Oklah sebenarnya aku teringat dengan Family angkat program rakan muda wawasan desa,setakat ini aku hanya ada 6 family angkat.Agak ramai juga tapi yang melekatnya beberapa saja.Rindu juga kat mereka semua.Tapi...kerinduan tetap membara pada Mak5,mama,Ayah4, Abah dan Pok.hehe~mewakili semua yer!


No comments:

Popular Posts