Thursday, April 7, 2011

Kenangan bersama budak2 Marketing!

Pejam celik dah dekat 3 tahun kitorang bersama dan hanya ada beberapa minggu lagi je sebelum final exam dan selepas itu semua akan menuju ke destinasi kejayaan masing-masing.Selepas ini hidup budak-budak ini pasti akan berubah malah ada beberapa pelan jangka panjang belaka.Dan aku tetap akan meneruskan target dan misi aku untuk 10 tahun dari sekarang.Ya hidup ini kita harus ada matlamat dan harus digapai biarpun menyengat kalbu.Memang adat jikalau kita jatuh tersungkur untuk membuat kita tahu rasa nikmat kehidupan yang akan dilalui dengan pahit dan manis.

Setiap nafas yang Allah berikan kepada kita adalah suatu nikmat untuk kita terus mencari keredhaannya.Langkah yang diatur dalam kehidupan.Teringat pesan Pak Hamka.
"Bahawa kejayaan yang kekal adalah yang dibina dari piung-piung kegagalan"

Kenangan ini mengajar aku tentang kehidupan.Pahit dan masin bergelar seorang pelajar kehidupan.Kadangkala kita mendongak cemburu ke atas langit kesengsaraan.Malangnya kita adalah insan kerdil belum terpilih menguasai apa-apa. Sayangnya lautan tinta yang berseru belum dijamah apa-apa sendu sedangkan kita girang mencari warna pelangi yang muncul tatkala hujan siang bersama mentari.

Dan kenangan manusiawi ini akan kukekalkan ke ingatan sanubari.Sahabatku Adilah Nazirah ada meminta aku ukirkan puisi untuknya.Tapi tidak adil bukan jika aku hanya memberikan puisi itu kepadanya saja sedangkan sahabat sekuliahku yang lain juga ingin mendambainya

.
                                           -Kenangan bersama teman-teman sekuliah!
                                            




YANG AKAN KEKAL HARUM DI SANUBARI

Sahabat terima kasih
kerana pernah menyinggahkan rasa bersahabatan ke ruang kalbuku
bersama mendaki gunung kejayaan
untuk menggenggam segulung kepuasan yang manisnya
meleret indah pada senyuman pertama
hingga ke kaki jubah terakhir

Sahabat terima kasih
menghantar beberapa kenangan
yang tanpa sedar menghilang dari pandangan
tapi masih segar di ingatan sanubari

Sahabat,teman,kawan dan taulan
terima kasih kerana pernah menyinari hatiku
dengan seribu warna kegembiraan
mencipta senafas kasih yang pasti 
akan bergelung rindu kembali!



-KUALA TERENGGANU-

No comments:

Popular Posts