Wednesday, April 13, 2011

ANNUAL DINNER DIM 2010/11

Majlis makan malam tahunan kami yg begitu hebat diraikan oleh junior semester 2 dan 4 yang bertemakan korporat..Malam ini aku memang agak bertuah juga kerana dapat hadiah cabutan bertuah dan hadiah daripada para junior...
Walaupun bertuah aku sebenarnya kehilangan keronsang yang dihadiahkan ayah kepada aku,aku tak tahu la terjatuh kat mana sama ada dalam kereta adi atau masa tengok syok bergambar.Huh,dah la duit majlis ini belum terlangsai dengan jayanya lagi!.biasalah hujung sem agak pokai sedikit.Tapi selalu sangat kalau aku gembira dapatkan sesuatu pasti aku akan kehilangan sesuatu...Aduh,tak suka,tak suka.....
Malam ini pula kena dan harus berjaga untuk menyiapkan asement yg tertangguh lagi tu,novel masih belum siapkan sepenuhnya lagi...Tak mengapalah qadar tidur esok sajalah..Minggu depan sudah hendak study week dan dua minggu lagi akan final exam..Aduh hidup aku masih kalut lagi,belum terurus sepenuhnya lagi kot!..
-aku dan fatien~

-jadi tetamu VVIP

-my coursemate~

-terbaik r korang semua~

hari jadi untuk ayah!

(teringin untuk buat kek seperti ini suatu hari nanti utk AYAH)

selamat hari lahir Ayah..happy birthday my beloved daddy,the best father in my world and my big hero that always protect me from any trouble..i love u..AYAH..ZAHABA YUSUF..

hari ini hari lahir ayah yg ke 47.Pagi-pagi lagi aku tunggu panggilan dari ayah.Sepatutnya aku sebagai anak yang telefon pada Ayah dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Ayah tapi sebaliknya ayah yang menelefoku dan kesempatan itu juga aku mengucapkan selamat hari lahir untuk ayah..huhu sebelum itu aku telah menitipkan mesej kepada ayah.Aku menanyakan kepada emak,tidak buat apa-apa masakan istimewakah untuk hari lahir Ayah,Emak bagitahu kepadaku sebenarnya dia ingin membuat kejutan kepada Ayah tetapi awal-awal lagi ayah berpesan kepadanya tidak akan ada apa-apa kejutan hingga aku balik ke rumah sempena cuti study week ini.Tadi Emak menelefonku menanyakan bila aku mahu pulang kerana jikalau aku tidak pulang Ayah pasti melarang emak untuk berbuat apa kejutan untuknya.Dan ayah bagitahu yang hadiah hari lahirnya yang terindah adalah melihat kejayaanku.Aku menangis apabila aku rasakan aku masih tidak mampu untuk memberi hadiah untuk Ayah,

Di malam yang dingin ini aku hanya mampu mengetip puisi untuk melempiaskan rinduku yang membara buat wiraku yang tercinta:AYAH

selamat ulangtahun ayah..
jarang aku ungkapkan bait-bait itu
kerana kejauhan rindu membuak datang
tiada tergambar oleh bicara kasihmu
aku terfikir apa hadiah sepantasnya
namun tiada setanding
jadi aku tintakan ruang sayang ini
bahawa atma hati merasai hadirmu
larat membesar aku dalam 21 musim yg kian berlalu
tanpa pamitan resah mahupun hiba

selamat ulangtahun ayah,
seandainya ayah tahu bahawa aku menyanyanginya
aku mengukir air mata bersama hadiah ini
tiada terpesan rindu kalbu
kerana pada siapa aku ingin sampaikan
salam lara air mata
hanya mampu ditinta
oleh duka keringatmu

Ayah
pahlawan sejatiku,
betapa ingin meluahkan rindu yang membara
aku tersorok oleh kedinginan malam
yang merasakan aku curang pada kasihmu
esok moga ada ruang kita bertemu
lusa masih ada mentari menyinari kasih kita
dewasa kelak mungkin aku bakal disunting wira bahagia
masih ada lagi hadiah buatmu??
“Ada”jawab kalbuku
kerana disetiap lorong pertemuan
ada jalan kebahagian
cuma tidak tersinar oleh sayang dulu
aku cuma mengagak sepi

Pahlawan hatiku,Ayah.
sewaktu menatap rindu
tetiba telefon bedering
terpampar wajah tuamu manis berkumis
aku mengukir senyum bahagia

YA ALLAh,rindunya aku pada lelaki ini
sayu hati ini meresap pilu
kalbu ini menjalar rindu
kedinginan kasihmu

AYAH
maafkan along andai
naskah ini belum cukup melerai pengorbananmu
memang tiada ganjaran mahupun hadiah
cuma sekeping hati seorang anak
serta seuntai doa merai ulangtahunmu

Ya allah lanjutkanlah usia ayahku
bahagiakan hidupnya
perkenankanlah segala doanya
permudahkanlah musibah yang melanda dirinya
AMIN

Popular Posts