Majlis makan malam tahunan kami yg begitu hebat diraikan oleh junior semester 2 dan 4 yang bertemakan korporat..Malam ini aku memang agak bertuah juga kerana dapat hadiah cabutan bertuah dan hadiah daripada para junior...
Walaupun bertuah aku sebenarnya kehilangan keronsang yang dihadiahkan ayah kepada aku,aku tak tahu la terjatuh kat mana sama ada dalam kereta adi atau masa tengok syok bergambar.Huh,dah la duit majlis ini belum terlangsai dengan jayanya lagi!.biasalah hujung sem agak pokai sedikit.Tapi selalu sangat kalau aku gembira dapatkan sesuatu pasti aku akan kehilangan sesuatu...Aduh,tak suka,tak suka.....
Malam ini pula kena dan harus berjaga untuk menyiapkan asement yg tertangguh lagi tu,novel masih belum siapkan sepenuhnya lagi...Tak mengapalah qadar tidur esok sajalah..Minggu depan sudah hendak study week dan dua minggu lagi akan final exam..Aduh hidup aku masih kalut lagi,belum terurus sepenuhnya lagi kot!..-aku dan fatien~
-jadi tetamu VVIP
-my coursemate~
-terbaik r korang semua~
Wednesday, April 13, 2011
hari jadi untuk ayah!
(teringin untuk buat kek seperti ini suatu hari nanti utk AYAH)
selamat hari lahir Ayah..happy birthday my beloved daddy,the best father in my world and my big hero that always protect me from any trouble..i love u..AYAH..ZAHABA YUSUF..
hari ini hari lahir ayah yg ke 47.Pagi-pagi lagi aku tunggu panggilan dari ayah.Sepatutnya aku sebagai anak yang telefon pada Ayah dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Ayah tapi sebaliknya ayah yang menelefoku dan kesempatan itu juga aku mengucapkan selamat hari lahir untuk ayah..huhu sebelum itu aku telah menitipkan mesej kepada ayah.Aku menanyakan kepada emak,tidak buat apa-apa masakan istimewakah untuk hari lahir Ayah,Emak bagitahu kepadaku sebenarnya dia ingin membuat kejutan kepada Ayah tetapi awal-awal lagi ayah berpesan kepadanya tidak akan ada apa-apa kejutan hingga aku balik ke rumah sempena cuti study week ini.Tadi Emak menelefonku menanyakan bila aku mahu pulang kerana jikalau aku tidak pulang Ayah pasti melarang emak untuk berbuat apa kejutan untuknya.Dan ayah bagitahu yang hadiah hari lahirnya yang terindah adalah melihat kejayaanku.Aku menangis apabila aku rasakan aku masih tidak mampu untuk memberi hadiah untuk Ayah,
Di malam yang dingin ini aku hanya mampu mengetip puisi untuk melempiaskan rinduku yang membara buat wiraku yang tercinta:AYAH
selamat ulangtahun ayah..
jarang aku ungkapkan bait-bait itu
kerana kejauhan rindu membuak datang
tiada tergambar oleh bicara kasihmu
aku terfikir apa hadiah sepantasnya
namun tiada setanding
jadi aku tintakan ruang sayang ini
bahawa atma hati merasai hadirmu
larat membesar aku dalam 21 musim yg kian berlalu
tanpa pamitan resah mahupun hiba
selamat ulangtahun ayah,
seandainya ayah tahu bahawa aku menyanyanginya
aku mengukir air mata bersama hadiah ini
tiada terpesan rindu kalbu
kerana pada siapa aku ingin sampaikan
salam lara air mata
hanya mampu ditinta
oleh duka keringatmu
Ayah
pahlawan sejatiku,
betapa ingin meluahkan rindu yang membara
aku tersorok oleh kedinginan malam
yang merasakan aku curang pada kasihmu
esok moga ada ruang kita bertemu
lusa masih ada mentari menyinari kasih kita
dewasa kelak mungkin aku bakal disunting wira bahagia
masih ada lagi hadiah buatmu??
“Ada”jawab kalbuku
kerana disetiap lorong pertemuan
ada jalan kebahagian
cuma tidak tersinar oleh sayang dulu
aku cuma mengagak sepi
Pahlawan hatiku,Ayah.
sewaktu menatap rindu
tetiba telefon bedering
terpampar wajah tuamu manis berkumis
aku mengukir senyum bahagia
YA ALLAh,rindunya aku pada lelaki ini
sayu hati ini meresap pilu
kalbu ini menjalar rindu
kedinginan kasihmu
AYAH
maafkan along andai
naskah ini belum cukup melerai pengorbananmu
memang tiada ganjaran mahupun hadiah
cuma sekeping hati seorang anak
serta seuntai doa merai ulangtahunmu
Ya allah lanjutkanlah usia ayahku
bahagiakan hidupnya
perkenankanlah segala doanya
permudahkanlah musibah yang melanda dirinya
AMIN

Tuesday, April 12, 2011
the glases of ice! (surat untuk teman-teman seperjuangan)
ALWAYS MISS U ALL FOREVER N EVER!...
Hari-hari terakhir bersama-sama teman seperjuangan dalam meraih ilmu di Unisza.Banyak kenangan yang terpahat di dalam sanubari.Tumpang gembira atas kejayaan dan kebahagian masing-masing.Selepas ini kalau kita jumpa harap masih kenal lagi.Lepas ini kalau yang mahu berumah tangga itu jangan lupa jemput yer!...dengarnya ramai yang sedang menanti untuk diijabkabulkan dan sedang berbahagia dengan jodoh masing-masing.Aku gembira tengok korang semua bahagia.
Dan aku masih meneruskan saki-baki hidup aku,korang tak payahlah risau pasal aku.Aku tahu mungkin selepas kita tak tahu perjalanan hidup kita bagaimana.Tapi terima kasih semua sebab pernah menjadi kawan aku.Selama menjadi kawan korang merasa bagaimana indahnya hidup apabila dikelilingi teman dalam senda dan gelak tawa.Kadang dikecewakan dan bermain hujan bersama kat belakang hostel.Seronok sangat!..Main air kat pantai tok jembal,shopping baju kat mydin mall sokmo2,celebrated my last birthday last year dan memahami aku yang tak berapa makan nasi ini.huhuhu..Selalu mengkritik aku luar dan dalam.
Segalanya cukup bermakna bersama kalian.lumrah kehidupan setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Terima kasih banyak-banyak yer kengkawanku sekalian..Semogo hidup kalian sentiasa dirahmati oleh Allah selalu..
Thursday, April 7, 2011
Kenangan bersama budak2 Marketing!
Pejam celik dah dekat 3 tahun kitorang bersama dan hanya ada beberapa minggu lagi je sebelum final exam dan selepas itu semua akan menuju ke destinasi kejayaan masing-masing.Selepas ini hidup budak-budak ini pasti akan berubah malah ada beberapa pelan jangka panjang belaka.Dan aku tetap akan meneruskan target dan misi aku untuk 10 tahun dari sekarang.Ya hidup ini kita harus ada matlamat dan harus digapai biarpun menyengat kalbu.Memang adat jikalau kita jatuh tersungkur untuk membuat kita tahu rasa nikmat kehidupan yang akan dilalui dengan pahit dan manis.
Setiap nafas yang Allah berikan kepada kita adalah suatu nikmat untuk kita terus mencari keredhaannya.Langkah yang diatur dalam kehidupan.Teringat pesan Pak Hamka.
"Bahawa kejayaan yang kekal adalah yang dibina dari piung-piung kegagalan"
Kenangan ini mengajar aku tentang kehidupan.Pahit dan masin bergelar seorang pelajar kehidupan.Kadangkala kita mendongak cemburu ke atas langit kesengsaraan.Malangnya kita adalah insan kerdil belum terpilih menguasai apa-apa. Sayangnya lautan tinta yang berseru belum dijamah apa-apa sendu sedangkan kita girang mencari warna pelangi yang muncul tatkala hujan siang bersama mentari.
Dan kenangan manusiawi ini akan kukekalkan ke ingatan sanubari.Sahabatku Adilah Nazirah ada meminta aku ukirkan puisi untuknya.Tapi tidak adil bukan jika aku hanya memberikan puisi itu kepadanya saja sedangkan sahabat sekuliahku yang lain juga ingin mendambainya
.
-Kenangan bersama teman-teman sekuliah!

YANG AKAN KEKAL HARUM DI SANUBARI
Sahabat terima kasih
kerana pernah menyinggahkan rasa bersahabatan ke ruang kalbuku
bersama mendaki gunung kejayaan
untuk menggenggam segulung kepuasan yang manisnya
meleret indah pada senyuman pertama
hingga ke kaki jubah terakhir
Sahabat terima kasih
menghantar beberapa kenangan
yang tanpa sedar menghilang dari pandangan
tapi masih segar di ingatan sanubari
Sahabat,teman,kawan dan taulan
terima kasih kerana pernah menyinari hatiku
dengan seribu warna kegembiraan
mencipta senafas kasih yang pasti
akan bergelung rindu kembali!
-KUALA TERENGGANU-
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
(sempat mempromosikan buku kumpulan puisi remaja sendiri) Pejam celik, pejam celik dah genap tiga bulan saya berada di Institut Ter...
-
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai seni dan adat.Seni tariannya yang pasti memukau setiap yang melihat.Itulah uniknya tarian budaya ...
-
Dengan ini disahkan bahawa pada 18 Februari 2011 telah dijayakan kejohanan boling sekretariat rakan muda Unisza bertempat di Terengganu Eque...
-
Pada 24 Jun hingga 28 Jun 2012 yang lalu bertempat di Kem Latihan Bulan Sabit Merah Malaysia,Kandis,Bachok,Kelantan Darul Naim telah dia...
-
Program motivasi pelajar SPM dan PMR kat SMK bukit besi telah diadakan pada 7 ogos 2010,banyak kenangan yang terindah bersama budak-budak s...
-
NUR FATIHA FADILA: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?: BELAJAR DARI PENGALAMAN : SEMASA saya menuntut di Tingkatan Enam, saya mengambil mata pelajaran...
-
Hati Seorang Gadis: Pelajar Cemerlang : Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya...
-
Cinta seringkali akan lari apabila kita mencari tetapi kadang-kala cinta juga seringkali dibiarkan pergi tatkala ianya datang menghampir...
-
KARYA:NURUL ADNIE BAHIAH ZAHABA Kaki anda menghentak-hentak lantai.Berkeriut bunyinya lantai papan kayu rumah buruk milik ayah.Kadang-kad...
-
(api sekecil ini kita sudah merasa sakit jika terkena percikannya..subhanallah) Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bag...