Thursday, April 7, 2011

Terindah bersama SRM unisza

Malam ini rasa rindu pula nak buat kerja-kerja luar terutamanya sertai program-program outdoor aktiviti.Huh!,sedarlah Adnie Bahiah dah nak dekat final exam kot!.dah tak ada program lagi dah.Tapi aku merindui itu semua tambahan pula apabila tengok gambar-gambar kenangan yang masih ada tapi sayangnya ada yang hilang masa format lappy kat hospital banyak gambar2 hilang.Huh!..Memang aku neh careless..

But i really miss that moment,memang betulkan kita hidup dan terasa hidup apabila kita sentiasa berada dekat dengan semua orang.Aliran hidup kita semua sama saja.Dari bayi ke alam kanak-kanak,lepas itu remaja dan dewasa dan akan tua akhirnya.Sesuatu yang membuatkan hidup kita ini berharga adalah masa.Kita berkejaran di atas bayangan masa.Ya kita semua mengejar masa yang sama.Jadi apa bezanya kita semua dan kenapa manusia masih menbezakan antara satu sama lain?.Sedangkan kita hidup di atas muka bumi Allah ini dengan tujuan yang sama.



 Dekat kampung kemasik,kemaman (2010) dan kampung teluk ketapang seberang takir Kuala Terengganu (2009) tak ada sebab semua gambar2 hilang..Waaaa!:(



Oklah sebenarnya aku teringat dengan Family angkat program rakan muda wawasan desa,setakat ini aku hanya ada 6 family angkat.Agak ramai juga tapi yang melekatnya beberapa saja.Rindu juga kat mereka semua.Tapi...kerinduan tetap membara pada Mak5,mama,Ayah4, Abah dan Pok.hehe~mewakili semua yer!


Enjoy last event with SRM tour to KL and Putrajaya


Kenangan yang terindah selama memegang tampuk kepimpinan Sekretariat Rakan Muda Universiti Sultan Zainal Abidin.Banyak pengalaman yang dapat menghidupkan semangat jua.Kali ini memang program yang last untuk semester last ini,mungkin selepas ini tidak akan menyertainya lagi.Ya selepas ini sudah tidak berkesempatan untuk menyertainya lagi.

Banyak benda yang bukan hanya kita belajar di dalam kelas semata-mata sebenarnya.Tapi ilmu yang kita belajar dengan masyarakat sebenarnya yang lebih dekat dengan kita.Pengalaman yang tak akan pernah aku lupakan.Persahabatan yang terjalin dan ukhwah yang dibina harapnya akan tetap kekal erat.





Ini masa singgah kat KBS putrajaya dan lepak kat Alamanda.Perjalanan pada 1 hingga 2 April 2011 baru-baru ini memang best!.Tambahan pula exco-exco baru SRM semua spoting giler2 gak la sama cam exco dulu.Kini aku sudah bergelar mantan.Program ini memang best tapi malangnya ramai mantan2 yang xjoin sekali.

Pengalaman pahit dalam tour ni adalah aku kehilangan kardigan kesayangan aku.Aduh,dah la sayang giler kat Kardigan tu.Aku pun lupa tertinggal kat mana sama ada kat masjid waktu solat subuh atau kat Ladies?.Oh Kardiganku..Memang sudah takdir agaknya aku memang akan kehilangannya.Huh!..tidak mengapalah nanti dapat duit karya akan kubeli yang baru..hehehe..

Sekarang line up giller nak bukak FB.Bagus juga pihak U block line FB je.Sebab tu la beralih arah ke blog.Huh!,agak dua tahun tidak update bloggie ni.Ye la sejak kegilaan terhadap FB melanda ruang sanubari sejak tu bukak mukabuka tu je.~haisshh~..Sekarang ini pun banyak kerja jugak tapi malam ini malam jumaat..hehehe esok weekend so boleh la nak update post yang agak ketinggalan ceritanya tu.

Tak mengapa,Aja2 Fithing ADNIE BAHIAH...berjaga siapkan esement sampai berblogiie yer!..sambil layan citer korea ek?? :P








Kejohanan Boling SRM UniSZA

Dengan ini disahkan bahawa pada 18 Februari 2011 telah dijayakan kejohanan boling sekretariat rakan muda Unisza bertempat di Terengganu Equestrian Resort.Dan saya sebagai urusetia program mengandaikan program ini memang mendapat dari semua mahasiswa terutama budak2 SRM UMT yang join sekali dengan kitorang hari tu.Hadiah tempat pertama hingga tempat ke tiga memanglah mantap kerana pemenang masing-masing membawa medal dan hamper dan bagi yang tak menang juga tak pulang dengan tangan kosong kerana kitorang memang menyediakan hadiah bagi semua yang bermain.JUST for FUN!..hahaha menang kalah kan dah memang adat pertandingan.



KEM PEMANTAPAN INTEGRITI MAHASISWA IPTA 2010

Pada 30 september hingga 2 oktober 2010,seramai 8 orang daripada exco-exco sekretariat rakan muda universiti sultan zainal abidin telah menghadiri kem pemamtapan integriti dengan jayanya di Bukit Keluang Beach Resort Besut Terengganu yang  melibatkan semua mahasiswa IPTA wilayah timur iaitu UMK,UMT dan UniSZA.

Sepanjang berada di kem ini memang best!.Selain dapat berkomunikasi dengan pelbagai bangsa kem ini juga dapat memantapkan lagi nilai-nilai integriti mahasiswa apabila berada di dunia luar kelak.

Acara yang paling seronok dan meninggalkan kesan yang medalam buat semua (temasuk aku) adalah mendaki bukit keluang yang dapat melihat gugusan pulau sekitar Pulau Perhentian.Subhanallah memang cantik sangat bila kita berada kat atas dan tengok pemadangan pulau-pulau yang belbagai bentuk tu.Indahnya negeriku ini..







Popular Posts