Friday, October 21, 2011

sekadar renungan

Sebaik-sebaik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang lelaki selepas dia meninggal dunia ada 3 perkara :
1-anak solehah yang mendoakannya
2-sedekah jariah yang sampai pahalanya
3-ilmu yang bermanfaat

Sebaik-baik muslim disisi ALLAH :
1-apabila melakukan kejahatan , mereka meminta ampun kepada ALLAH
2-apabila mendapat kebaikan , mereka gembira dan bewrsyukur
3-apabila mereka bermusafir , mereka solat qosar dan berbuka puasa

Orang yang bertaubat dengan sebenarnya akan terhapus dasanya dan kan mencapai darjatnya tang tinngi disisi ALLAH apabila taubatnya diiringi dengan amalan kebajikan dan istiqamah .

Orang yang melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan dikira melakukan dosa-dosa besar dan mereka tergolong dalam golongan orang yang fasik .

Riwayat al-tarmizi:
Jangankanlah kamu banyak bercakap perkara yang bukan zikir kepada ALLAH . sesungguhnya banyak bercakap perkara yang bukan zikir kepada ALLAH akan mengeraskan hati . sejauh-jauh manusia daripada ALLAH ialah orang yang mempunyai hati yang keras .

ALLAH tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga mereka sendiri yang berusaha dan berikhtiar untuk mengubah nasib mereka sendiri . islam melarang umatnya berpelut tubuh tanpa melakukan usaha dan ikhtiar .

Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan sombong dan takbur tidak akan mendapat kebahagian walaupun dia mencapai kemajuan dalam pekerjaan .

Antara kekuasaan dan kebesaran ALLAH ialah mencipta manusia diseluruh alam ini dengan menjadikan ibu jari mereka berlainan antara satu sama lain .


Riwayat al-tabrani dan al-hakim:
Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya . dan sejahat-jahat manusia adalah orang yang panjang umurnya tetapi buruk amalannya .

Sabda rasul saw:
Bukanlah seseorang yang kuat itu ialah yang kuat bergusti “tenaganya” tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah .

Hendaklah kamu bercakap benar . sesun gguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan . sesungguhnya kebaikan itu membawa ke syurga selama mana seseorang lelaki berterusan dengan sifat benarnya sehingga ditulis disisi ALLAH sebagai orang yang benar .

Riwayat al-bukhari dam muslim:
Sesungguhnya benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa kepada surga . dan sesungguhnya seorang lelaki yang berada dalam kebenaran sehinnga ditulis disisi ALLAH sebagai orang yang benar . sesungguhnya dusta itu membawa kepada dosa , dosa membawa kepada neraka . seseorang lelaki yang berada dalam pendustaan sehingga ditulis disisi ALLAH sebagai seorang pendusta .


Dunia ialah tempat untuk beramal . orang yang leka dengan kemewahan dunia akan menderita di dunia , lebih-lebih lagi akhirat . jadikanlah dunia sebagai ladang menanam amal dan di akhirat tempat menuai hasil .

Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta seakan-akan kita turut hidup dengan mereka . oleh itu , rasa hati dan suka duka kita sekarag adalah rasa hati dan suka duka yang mereka tinggalkan buat kita .

Dari umr al-khattab:
manusia yang berakal ialah manusiayang suka menerima dan meminta nasihat .

Riwayat abu daud dan al-tarmizi:
Sesiapa yang ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya , pada hari kiamat kelak dia akan dikekang dengan kengkangan api neraka .
Kemuliaan sejati yang bernilai disisi ALLAH ialah kemuliaan hati , budi pekerti , akhlak dan ketaatan kepada ALLAH .

Sesungguhnya ALLAH tidAk akan membebankan manusia dalam syariatnya , melainkankan mngikut kemampuan hambanya .
ALLAH juga Maha Penerima taubat , Maha Pemurah dan Maha Penyayang .

Sesungguhnya untuk mencapai sesuatu kejayaan kita perlu berusaha dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu usaha , kita perlu melalui sedikit kesusahan , tetapi kejayaan dicapai lebih manis dan berharga berbanding sedikit bebenan yang ditempuhi seperti kesusahan sewaktu dengan rasa penuh bercucuk tanam akan erbayar pada hari penuaian .

Sesunguhnya setiap kerosakan yang berlaku diatas muka bumi ini adalah hasil perbuatan manusia sendiri . setiap orang harus memelihara keindahan alam ciptaan ALLAH degan rasa penuh tanggungjawap .

Riwayat al-tarmizi:
Sedekah dan solat seseorang ditengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api .

Bersegeralah ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah supaya kita mendapat ganjaran yang besae disisi ALLAH .

Wanita adalah perhiasan dunia . sebaik-baik wanita adalah wanita solehah .

Layanlah ibubapamu dengan layanan yang baik kerana melayan mereka dan menjadikan mereka gembira , pahalanya adalah sama dengan berjihad di jalan ALLAH .

Jiwa adalah seperti jasad yang memerlukan riyadah dan senaman . riyadah jiwa ialah membaca bahan yang berfaedah .

Seseorang yang melakukan sedekah dengan ikhlas dan memberi kemaafan kepada saudaranya yanmg lain , ALLAH akan memberi mereka kemuliaan . sesiapa yang merendah diri kerana ALLAH , ALLAH akan mengangkat darjatnya disisi ALLAH dan disisi manusia .

Orang yang malang ialah orang yang dicabut oleh ALLAH dari hatinya sifat kasih dan sayang kepada makhluk lain .


Lukman dan al-hakim:
Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belum banyak . jauhilah seorang musuh kerana seorang musuh itu sudah lebih daripada banyak .

Al-tarmizi:
Kezaliman ialah naluri jiwa . sekiranya didapati ada insan yang berlaku jujur , sebenarnya tidak zalim .

Hamka:
Harta akan menjadi sengketa kalau rahmat ALLAH tertahan . harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya .

Riwayat al-bukhari dan muslim:
Seseorang itu tidak akan berzina jika ketika itu dia seorang yang beriman , seseorang itu akan mencuri jika ketika itu dia seorang yang beriman , dan seorang itu akan minum arak jika ketika itu dia seorang yang beriman .

Semua manusia akan mati . sama ada mati dalam kemuliaan atau kehinaan . oleh itu , pilihlah kematian yang mulia dan ingatlah membunuh diri adalah satu kehinaan dan kebinasaan .

No comments:

Popular Posts