Friday, January 13, 2012

SURAT KEPADA PERAGUT!....



(Ditinta khas untuk peragut yg meragut tas tanganku pada 8 Januari 2012 jam 9.25 malam)

Betapa bodohnya dirimu!
Dan betapa malangnya ibumu mengandungkan
Manusia bodoh sepertimu
Tas tangan pemberian ibu kau ragut tanpa relaku…

Namun aku boleh bertepuk dengan senyuman bahagia
Kerana Allah telah menyelamatkan aku..Alhamdulillah!..
Subhanallah maha suci Allah kerana melindungiku…

Dan aku masih boleh tergelak tawa seorang diri
Kerana walaupun terkejut dengan kehadiran mengejutnya yang mengekori motosikalku dari belakang dan terus meragut tas tangan yang berada di dalam raga motosikal.
Aku boleh menyatakan bahawa engkaulah manusia yang paling bodoh sekali di muka bumi Allah…
Itu hanya tas tangan yang hanya dipenuhi tisu dan bekas makanan ringan yang terlupa untuk dibuang di dalam tong sampah sahaja…
Dan sebenarnya tidak ada apa-apa di dalamnya kerana sampai mati tidak akan pernah aku miliki tas tangan lagi,aku lebih rela tidak punya apa-apa barangan berharga kerana nyawa dan maruah yang lebih berharga dari segalanya.

Dan terima kasih kerana membuatkan aku sedar bahawa Wang bukanlah segalanya walaupun hidup memang memerlukan wang sebenarnya.Rupanya beg yang berkembung lebih berharga walaupun harga beg itu hanya berharga RM30.00 sahaja…
Doaku sebagai saudara sesama agama,semoga Allah membukakan pintu hatimu dan perbanyakkanlah bertaubat kepadaNYA…Kematian mungkin penamat sebuah kehidupan namun kerahmatan dalam kehidupan penyuluh untuk di alam barzah kelak…
Semoga sempat bertaubat sebelum maut datang menjemputmu…
Dan aku bersama ayah laporkan kejadian dibalai polis berdekatan dan ternyata polis itu hanya tersenyum juga apabila aku menceritakan kejadian itu..Namun jauh di sudut hati aku mahukan tas tangan itu kembali kerana itu milik ibuku bukan milikku.Walaupun hanya mencuri tas tangan yang hanya dipenuhi sampah-sarap di dalamnya wajid juga dijatuhi hukuman…Namun yang pasti si peragut itu tetap juga akan mendapat pembalasannya.Biarpun bukan di dunia namun karmanya akan tetap terkena juga kepada engkau…Dan terima kasih banyak-banyak juga kerana memberikan aku idea untuk mengukir sebuah puisi khas kepadaMu duhai si PERAGUT..mungkin juga boleh dijadikan satu cerita….
Salam ikhlas penuh kemaafan dengan senyuman sinis dari mangsa ragut!
(Dan dengan menyesal mengatakan kenapalah aku tak letak bom di dalamnya,bolehlah dia mati syahid bersama tas tangan itu)
-cuma terfikir akan kata-kata ayah dan senyuman ayah yang mengatakan ALLAH SENTIASA BERSAMA ANAK GADISNYA KERANA DOANYA SENTIASA BERSAMAKU SETIAP WAKTU,barulah aku tahu bahawa itulah keredhaan kehidupan…Kasih ayah dan ibu untuk setiap waktu…Ayah tetap heroku nombor satu,sayang ayah!!!!!!!!!!!!!!!.

Monday, December 12, 2011

Pelajar Cemerlang


Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.
Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

(dekatkan diri dengan setiap ilmu)


Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan S.W.T..

Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.

Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.
Sekian. Semoga ciri-ciri tersebut sudah atau akan tertanam dengan kukuhnya pada diri anda demi kejayaan anda di dunia dan di akhirat. Insya-Allah




Wednesday, November 23, 2011

… CANDID KEHIDUPAN…





Cinta seringkali akan lari apabila kita mencari tetapi kadang-kala cinta juga seringkali dibiarkan pergi tatkala ianya datang menghampiri.


Jadi…Buka pintu mata kita lebar-lebar sebelum menikah dan jangan biarkan mata kita setengah terpejam sesudah!...



KAKIKAKIKU


(Untuk Persahabatan yang pernah terjalin antara kita)




Orang-orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.
Diantara orang-orang yang baik sentiasa dikelilingi orang-orang (sahabat) yang baik juga.
Persahabatan sejati selayaknya kesihatan kerana nilainya kita sedari setelah kita kehilangannya.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengar lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.Dialah hiasan di kala kita senang dan perisai di waktu kita susah.
Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kita mengharapkan seorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kita boleh melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak boleh melihat keduanya.



Popular Posts