Friday, September 16, 2011

IN A PIECE OF SILENCE NIGHT!

Every day,I want make a delicious life.I also want realise that the little spark of interest had turned into something more.It really cool when we touch the feel and only see the beautiful shapes. balloon Huh!,Perhaps only see in dream at sweet nite!. In a silence nite when we close a eye,we can see the way that no plenty of sorrow.
Also can carry the dark and capture it and send out the light… Chase the shadow of time..count how much we did?. -A pair of shoes
All and all and all about life untill nothing request…

Saturday, September 3, 2011

Temu puisi aidilfitri

Temu puisi aidilfitri 1432hijrah telah diadakan pada 2 september 2011 pada jam 3.30 petang bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur di jalan Kadir Adabi,Kota Bharu,Kelantan yang di anjurkan oleh Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan.
Temu puisi dan jamuan aidilfitri kali ini telah menemukan penulis lama dengan penulis baru dan penyair di seluruh pantai timur. Untuk kali ini saya mendeklamasikan sebuah pusi karya Firdaus Fikri yang bertajuk Darjat Pusaka Ibunda. Kita kopak kembali biasan budaya Kita kenang kembali ungkapan budi Yang memantulkan unggul khazanah bangsa Yang membiaskan agungnya pusaka ibunda Suatu suara yang membisikkan kalimah Pada telapak hati nusa merdeka Dalam menerjah angin saat hari ini Kalbu budaya melayu kian mulur Taring dunia kian mencengkam halus Hingga pusaka terbaring kejur menunggu lapuk Hingga terlelap layu menanti lekang Hingga terpinggir kaku dihunus keris gelora Tatkala dirobek gelojoh cenangkas usia Harta inilah mejadi raja kelopak watan melayu Harta inilah yang tinggi gading darjatnya Suatu tepak mulus dan zuriat tulus Yang tidak harus hilang Harta inilah menjadi paksi daulat bangsa Di bumi bertuah ini Kita cungkil berlian bahari ini Agar bisa kembali menjadi ukiran bangsa Yang tidak pernah hakis. Sebuah karya yang ditulis penulis sebaya yang wajar dihayati bait-bait indah yang terkandung di dalam puisi berkenaan. Sempena hari dan bulan kemerdekaan tahun ini yang juga bersamaan dengan hari raya Aidilfitri. Sebagai genarasi baru harta warisan pusaka ibunda ini harus dijaga dengan penuh kasih sayang. Supaya kelak harum kemerdekaan tidak pernah terhakis di dalam jiwa kita. SALAM AIDILFITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54.

Friday, August 26, 2011

SUMA DAN SUMI SI BUAH HATIKU…..


Terjumpa dua ekor anak kucing yang ditinggalkan ibunya,kesian sungguh kat anak-anak kucing ini.Aku ambik anak-anak kucing lalu bagi nama Suma dan Sumi.Sebab bunyinya Nampak begitu comel.hehe

i)suma tengah posing..haisshhhhhhh


ii)Suma suka kamera..yeah!



iii)alahai comelnya si sumi yang malu-malu kucing neh!



iv)comeynya!..baru nak tengok camera(sumi anti-camera)



v)Tanak2!..Sumi da majuk dah..



Dan memang kedua ekor anak kucing ini begitu comel sekali.Nak jaga diorang pun tak susah.Tengok anak-anak kucing ini kembali teringat kat anak kucing yang pernah dibela sewaktu kecik2 dulu nama kucing tu JU-AN.Tapi sayangnya JU-AN dah tak ada sekarang.Tapi kira berbaloi jugak sebab dapat bela JU-AN sampai dia besar tapi kucing yang sebelum JU-AN tu bela tak samapi besar dah pergi meninggalkanku..Sedih2..tapi tak pe kiki dan Comel tu sentiasa di hati.
Tapi aku paling rindu sekali kat JU-AN.Sangat sangat sayang padanya!


Cerita si cici yang comel!

Ini cerita si cici yang baru dibeli semalam pada 23 ogos 2011.Comel sesangat binatang ni!.Semua orang sayang kat cici nie.Adif siap tidur lagi dengan cici ni.Yaya dan Tina pun tersayang sayang pada cici.

Cici semua benda yang dia buat Nampak comel dia makan pun comel,dia minum air pun comel,dia main buai-buai dia tersangatlah comel.Pendek kata semuanya comel pasal benda ni.

Tapi tersangatlah comel time dia panjat-panjat sarang ini!.Tengok benda ni terus lupa segala masalah yang berkubang di dalam kepala.

Sungguh comel!.Dah la pandai posing plak.Haisshhh kalah tuan die plak!!



Cici dan buai-buai die…comel je tengok cara dia main bola atas tu..



Lagilah tersangat comel bile tengok lebih dekat,rasa macam nak sangkut kat beg je!..hehhehe



Hai cici,comel sangat lah!.Nanti kena beli partner cici plak,kesian gak kat cici yang still alone lagi..



Cici memang cinta yang luar biasa!.Boleh tersenyum memanjang je bile tengok dia.Sayang,sayang sesangat kat cici.Kalau boleh tiap-tiap hari kat mana-mana saja nak tengok dia.Kat handfone siap buat wallpaper lagi,kat laptop siap buat desktop background…hehe tersangat sayang dan suka pada cici si hamster ini.

Aduh,comel sungguh lah benda nie..comel dan bertambah cute bile tengok dia cool je bermain-main.Time tidur pon comel dan sopan je..

Popular Posts