(sempat mempromosikan buku kumpulan puisi remaja sendiri)
Pejam celik, pejam celik dah genap tiga bulan saya berada di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan hari ini merupakan hari terakhir saya di sini. Sejujurnya pelbagai pengalaman yang dikutip bukan sahaja untuk mencukupkan markah untuk latihan industri semata-mata. Tapi lebih daripada itu yang saya perolehi.
Hari ni, hari terakhir dan segala pengalaman akan dikenang setiap waktu untuk terus memotivasikan diri. Paling 'best' apabila diraikan, biarpun secara ringkas namun sudah cukup memadai untuk jadi kenang-kenangan. Jabatan Buku Malaysia memang terbaik!
Pasti akan rindu segala-galanya di sini :)