Thursday, April 23, 2009

FINAL EXAM-penentuan kejayaan??

sempat bertanya lagi??aik awalnya keluar dewan??
sememang bagi pelajar setiap peperiksaanlah yang sememangnya dinanti dan mahu menghabiskannya secepat yang mungkin.Ingin dilepaskan segala gelodak kerisauan yang bersarang dikalbu saat menerokai ilmu biarpun dengan titis semangat yang masih kental ingin berjuang lagi selagi ianya ada untuk diabadi.
persedian mental yang kental disulami dengan fizikal yang tenang untuk menghadapi setiap titis ilmu yang disoal.Mengingat kembali seperti zaman kanak-kanak yang baru mengenali UPSR,zaman separa remaja yang bertelingkuh dengan PMR dan menghirup kemanisan SPM yang sememangnya berjuang hingga titisan dakwat terakhir.Ya zaman itu telah berlalu dengan seribu kenangan dan kemenangan yang sememangnya masih mentah dibandingan dengan kejayaan kini yang sememangnya akan cukup bermakna,DL sememangnya impian setiap mahasiswa.
Bukan itu yang menjadi persoalan tetapi penentu kejayaan.kenapa??
kerana ada sebahagian tidak ikhlas menyimpan ilmu umtuk hidup,ilmu itu hanya untuk peperiksaan semata-mata.tidakkah itu menyimpang dari hati yang sememangnya itu bukanlah keazaman kita sewaktu mula melangkah ke menara gading sewaktu ketika dahulu bukan??
Secara jujurnya kalau itu yang bersarang di kalbu kini,berbetulkan lah Nawaitumu kawan kerana setiap ilmu yang kita beroleh itu sukar untuk memasuki barang siapa yang tidak ikhlas untuk mengerjakannya.

Saturday, April 11, 2009

KEM JATIDIRI KESATRIA

lega..akhir sesi ko kurikulum bagi sesi semester 2
Wajah ceria satriawati
KESATRIA WANITA Pada 9 sehingga 11 april 2009 sebagai akhir sesi perkuliahan bagi semester 2 pelajar kokurikulum semester 2,pihak hal ehwal pelajar dan alumni dengan kerjasama badan kesatria telah menganjurkan aktiviti pekhemahan yang bertempat di kem kokurikulum universiti darul iman malaysia(kem merang),setiu terenggganu.
Antara objektif utama yang diserapkan dalam perkhemahan tersebut adalah jati dan semangat kerjasama berkumpulan yang memerlukan pembentukan sahsiah yang tinggi disamping kerjasama dalam kumpulan yang memerlukan perpaduan dan ketekunan ahli kumpulan dalam memcapai matlamat dan tugas utama yang dipertanggungjawabkan.
Selain itu,Aktiviti seperti kembara malam menuntut keberanian dalam kumpulan disamping berkayak yang dilihat seperti satu kelebihan pada peserta,hal ini kerana panduan berenabg dengan ciri keselamatan dan pemakaian pakaian keselamatan ketika berenang turut dipraktikkan.Panduan berkawad melatih disiplin dalam pembentukan jati diri supaya terus maju.Memasak dalam kupulan juga memerlukan daya kreativiti dan penggunaan masa yang stabil.
sebagai akhir kalam,majulah kesatria untuk negara...
demi masa depan anak bangsa...

Sunday, April 5, 2009

annual dinner 09

05 april 2009... julung kali diadakan masjlis tautan kasih antara senior dan junior antara objektifnya adalah untuk mengikat ukhwah antara senior dan junior pemasaran semester 2,4,6...selain untuk merai kami semester 2 dan perpisahan dgn semester 6 acara lebih kepada santai tetapi semua acara memang terhibur walaupaun ada yang sikit terasa walaubagaimanapun diharap program seperti ini akan dapat dijalankan lagi dengan lebih banyak selitan moral yang dipertontonkan...

Popular Posts