persedian mental yang kental disulami dengan fizikal yang tenang untuk menghadapi setiap titis ilmu yang disoal.Mengingat kembali seperti zaman kanak-kanak yang baru mengenali UPSR,zaman separa remaja yang bertelingkuh dengan PMR dan menghirup kemanisan SPM yang sememangnya berjuang hingga titisan dakwat terakhir.Ya zaman itu telah berlalu dengan seribu kenangan dan kemenangan yang sememangnya masih mentah dibandingan dengan kejayaan kini yang sememangnya akan cukup bermakna,DL sememangnya impian setiap mahasiswa.
Bukan itu yang menjadi persoalan tetapi penentu kejayaan.kenapa??
kerana ada sebahagian tidak ikhlas menyimpan ilmu umtuk hidup,ilmu itu hanya untuk peperiksaan semata-mata.tidakkah itu menyimpang dari hati yang sememangnya itu bukanlah keazaman kita sewaktu mula melangkah ke menara gading sewaktu ketika dahulu bukan??
Secara jujurnya kalau itu yang bersarang di kalbu kini,berbetulkan lah Nawaitumu kawan kerana setiap ilmu yang kita beroleh itu sukar untuk memasuki barang siapa yang tidak ikhlas untuk mengerjakannya.
No comments:
Post a Comment